|
Link
ke laman laman



| Sekiranya
ada pertanyaan atau aduan sila hubungi |
|
BERITA
AKTIVITI KAMPUNG


|
22
Januari 2005 - Majlis Qurban Masjid Al - Huda telah pun berlansung
dengan jayanya. Seluruh Ahli JKKK telah pun bertugas pada hari
tersebut secara berkumpulan. Ibadah Qurban yang telah di rancang
dengan teliti dan teratur berlansung dengan sempurna. Acara
yang bermula kira kira jam 9.00 pagi telah selesai kira kira
jam 12.30 tengah hari dan daging Qurban telah pun di agihkan
kepada mereka yang layak menerima. Alhamdulillah segalanya berjalan
dengan sempurna. Terima Kasih kepada petugas petugas di hari
tersebut. |
|


|
23
April 2004 - Para peserta PLKN panggilan kedua tahun 2004 telah
menjalankan aktiviti kemasyarakatan di Kampung Paya Jaras. Selama
2 hari pelbagai kegiatan kemasyarakatan telah pun di susun untuk
para peserta PLKN tersebut. Di antaranya termasuklah kegiatan
gotong royong dan kegiatan suai kenal bersama Ahli JKKK kampung
Paya Jaras Tengah. Program ini telah menambahkan lagi perhubungan
diantara peserta Program PLKN dan juga penduduk kampung. |
|


|
Mac
2004 - Majlis Bandaraya Shah Alam telah mengadakan program KTrak
di Kampung Paya Jaras. Bertujuan memberikan pendedahan kepada
penduduk kampung supaya celik IT. Kampung Paya Jaras Tengah
telah terpilih untuk Program ini. KTrak bergerak ini telah mengadakan
program ini selama 2 hari terbuka kepada kanak kanak dan juga
dewasa. Pendedahan kepada IT amat berguna kepada penduduk setempat
selaras dengan seruan YAB Dato' Menteri Besar Selangor agar
penduduk Selangor mengikuti perkembangan dan bersama kearah
Selangor Maju 2005. Terima Kasih kepada Majlis Bandaraya Shah
Alam yang memilih Kampung Paya Jaras Tengah di dalam program
ini. |
|